Sabtu, September 27, 2008

Salam Aidil Fitri

Salam Aidil Fitri

Indahnya laungan takbir hari raya!
Bergema menusuk kalbu dan jiwa..
Meragut segala kedegilan
dan keegoaan..!
Melutut memohon kemampunan
Dan berderailah air-mata….
Jatuh berguguran
penuh keinsafan..!
Pada isi dada yang sedar
Yang mencari erti keluhuran
Dan mengenal erti
indahnya perkataan
Pengikat tali persaudaraan….
Maka terlahirlah ucapan
Maaf zahir dan batin
Maaf zahir dan batin….!!

Sabtu, September 20, 2008

Demokrasi Pendidikan (Sekolah luar bandar dan sekolah dalam bandar)

1. Pelbagai program telah dilaksanakan menerusi dasar- dasar yang cukup bernas daripada kerajaan dalam usaha memartabatkan pendidikan luar bandar

2. Program PIPP, KWAPM, Skim Baucar Tuisyen, Pembestarian Sekolah adalah antara dasar- dasar untuk membangunkan pendidikan luar bandar agar sama taranya dengan sekolah- sekolah dalam bandar dari segi akses setersunya kecemerlangan kualiti.

3. Masalah utama dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah masalah keciciran. Ini diakibatkan oleh kurangnya kesedaran ibu bapa dan masalah ketidakmampuan keluarga. Peranan guru di sini adalah sebagai peransang ataupun penyedar yang memupuk kesedaran ibubapa.

4. Kelemahan atau peranan PIBG yang kurang aktif. Kerjasama antara guru dan ibubapa wajar digembeleng segera dalam usaha untuk menjayakan matlamat kerana mereka merupakan agen sosialisasi yang paling hampir kepada pelajar. Justeru, pemantapan PIBG ini wajar diperkasa. Guru harus turun padang dalam pendekatan terbaru ini mendekati ibuapa pelajar yang kurang kesedaran dalam pendidikan. Menerangkan kepada mereka akan kepentingan pendidikan dalam memacu pmbangunan dan agen utama merubah kehidupan manusiawi.

5. Bantuan kewangan yang tidak sampai ke akar umbi. Isu ini akibat daripada rasuah dan masalah birokrasi. Rasuah melemahkan dan meruntuhkan manakala birokrasi pula melambatkan lantas mencantas terus dasar- dasar ini daripada berjaya. Dalam soal ini, peranan lebih kepada agensi kerajaan dalam pengagihan kewangan dan dana. Pengagihan yang telus dan dalam bentuk projek adalah lebih baik daripada dalam bentuk kewangan tunai.

6. Persekitaran yang kurang kondusif. Memang telah disediakan akses untuk pendidikan luar bandar namun kegagalan kerajaan melengkapkan sekolah- sekolah luar bandar dengan kemudahan asas seperti air dan elektrik. Maka penyediaan fasiliti ICT dan sebagainya ibarat gajah putih sahaja.

7. Masalah utama yang terus menghantui ialah perasaan rendah diri. Maka bantuan diagihkan menerusi KWAPM, Skim Bantuan Pelajar Miskin, RMT, Skim Pinjaman Buku Teks, Skim Baucar Tuisyen dan biasiswa. Ini bertujuan agar mereka ini menerima dan memiliki keperluan yang sama dengan pelajar bandar. Maka peranan guru di sini adalah sebagai pakar motivasi.

Kita harus menyedari akan peranan guru dalam pendidikan. Guru adalah front liner atau barisan yang dihadapan dalam menggerakkan dasar- dasar kerajaan. Peranan yang dimainkan guru bukan dalam soal pengajaran dan pembelajaran. Ini tidak mencerminkan tanggungjawab dan peranan guru yang sepatutnya. Peranan guru adalah menjadikan Falsafah Pendidikan Negara satu realiti.

Tertegaknya FPN di sekolah dan institusi pendidikan itulah tunjang kejayaan seorang guru. Kesimpulannya, setiap guru mahupun insan yang bergelar pendidik, guru, cikgu, teech, pensyarah dan siapa sahaja yang tugasnya memartabatkan pendidikan negara harus berpegang pada matlamat yang satu. Pemahaman yang jelas dan fokus yang terpeinci pada matlamat ini akan mewujudkan kesedaran yang akan membuakkan tindakan sebagai langkah susulan .

“Guru Cemerlang Pendidikan Terbilang”